Siri Bestnya ini dicetuskan ideanya oleh dua alumni UIAM iaitu Irfan Foner (bidang seni reka) dan Orhan (bidang psikologi) melalui penerbitan produk pertama kami iaitu buku Bestnya Solat.
Asalnya Puan Orhan pernah ditemuduga dengan soalan “Berapakah rukun solat?”. Tercetusnya idea ini daripada keraguan sejenak beliau untuk menjawab soalan tersebut.
Kami anggap isu yang sama juga dialami oleh kebanyakan orang dewasa Islam yang lain, apatah lagi kanak-kanak. Oleh itu, kami bekerjasama untuk menubuhkan Siri Bestnya bagi menyampaikan kefahaman tentang pelbagai subjek kepada kanak-kanak dan remaja menggunakan kaedah komik dan infografik secara visual.