Dunia buku Siri Bestnya! membawa kelainan dalam lanskap perpustakaan buku rumah anda. Sekiranya anda biasa membaca buku dengan teks dan grafik, kelainan Siri Bestnya! adalah kami berpaksikan pada komik! Ya, kami percaya komik memudahkan anda memahamkan sesuatu yang anda teringin hendak tahu.
Sehingga kini, Siri Bestnya sudah menerbitkan 10+ tajuk baru dengan penerbitan lebih 100,000 naskhah di seluruh Malaysia! Teruskan menyokong kami!
Siri Bestnya! ditubuhkan pada tahun September 2019 dengan penerbitan buku pertamanya yang bertajuk Bestnya Solat!. Siri Bestnya! dicetuskan idea dan kerja keras pelaksanaannya oleh Irfan Foner (illustrator) dan Orhan (penulis).
Asalnya Puan Orhan pernah ditemuduga dengan soalan “Berapakah rukun solat?”. Tercetusnya idea ini daripada keraguan sejenak beliau untuk menjawab soalan tersebut.
Kami anggap isu yang sama juga dialami oleh kebanyakan orang dewasa Islam yang lain, apatah lagi kanak-kanak. Oleh itu, kami bekerjasama untuk menubuhkan Siri Bestnya bagi menyampaikan kefahaman tentang pelbagai subjek kepada kanak-kanak, remaja malah orang dewasa sekalipun menggunakan kaedah komik dan infografik secara visual.

Siri Bestnya! secara ringkasnya adalah satu jenama penerbitan konten pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat menggunakan konsep komik dan infografik. Sehingga kini, lebih 10+ sudah diterbitkan meliputi subjek dari ibadah Solat sehinggalah bagaimana menyambung PhD dalam bentuk komik.
Pada tahun 2050, kami berimpian Malaysia akan dipimpin oleh seorang Khalifah yang beriman, jujur dan berilmu. Ini kerana Ketika beliau kecil dahulu, beliau suka membaca buku-buku Siri Bestnya!
Di Siri Bestnya!, kami mementingkan inovasi subjek penting ke dalam bentuk komik atas satu sebab, untuk membuat pembaca lebih pandai sedikit dari sebelum membacanya.Kami melihat orang di Malaysia mengetahui kepentingan pendidikan dalam membentuk hidup mereka, dan mengetahui wadah pendidikan adalah melalui buku, namun sangat jarang mereka membuka buku.
Alasan mengapa tidak membuka buku? Antaranya adalah tiada masa membaca, buku yang tidak menarik, teks terlalu banyak dan mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.
Sebab itu di Siri Bestnya!, kami percaya bahawa komik adalah solusinya.
“Sekiranya anda malas membaca, bacalah komik Siri Bestnya!”
Tagline
Komik Inovasi Pendidikan
Kenapa?
Budayakan Ilmu Dengan Baca Komik
Janji Kami
- Setiap subjek buku mesti ada komik & ilustrasi
- Bacaan yang ringkas dan cepat faham untuk orang awam\
- Komik yang selamat dibaca dan berkualiti