Bestnya.my

Oleh Irfan Foner Studio

Bestnya.my adalah laman dibawah kelolaan Irfan Foner Studio iaitu syarikat penerbitan buku dalam bentuk komik dan infografik yang memfokuskan pada pembacaan dan penggunaan di kalangan keluarga dan di dalam bilik darjah.

Visi Kami

Kami di Bestnya.my ingin menjadi sebahagian daripada pembentukan masyarakat dan generasi pemimpin Malaysia melalui ilustrasi kami. Kami percaya dengan ilustrasi ini, akan memudahkan tenaga pendidik mengajar generasi mudah di Malaysia.

Ditubuhkan semenjak tahun 2019

Bestnya.my telah mengeluarkan buku ilustrasi pertamanya iaitu Bestnya Solat yang kini telah dibaca oleh lebih 70,000 kanak-kanak seluruh Malaysia.

“Buku Bestnya Solat! banyak membantu saya mengajar anak-anak cara solat dengan betul. Panduan ilustrasi lebih mudah difahami dan diingati oleh anak saya.

Meluaskan Pilihan Produk

Sejak itu, Bestnya aktif menerbitkan pelbagai bahan bacaan dalam bentuk komik dan buku aktiviti meliputi pelbagai jenis bidang dan topik. Bestnya dimiliki sepenuhnya oleh Irfan Foner Studio, sebuah studio penghasilan komik dan ilustrasi yang bertapak di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ikuti kami di sosial media dan sertai kami didalam perjalanan membangunkan ilustrasi untuk kanak-kanak seluruh Malaysia,