Saya berminat nak jadi ejen. Ada buka dropship tak?
Setakat ini kami buka peluang untuk menjadi ejen Affiliate kami dengan kadar yang masih percuma! Sekiranya anda berminat menjadi sebahagian dari tim affiliate kami, daftar di sini.
Bagaimana saya boleh jemput pihak Siri Bestnya untuk temubual?
Anda boleh hantarkan emel jemputan kepada kami ke siribestnya@gmail.com atau Whatsapp ke nombor 011-32753720.
Bagaimana saya boleh membeli buku-buku Siri Bestnya! secara pukal?
Sekiranya anda berminat membeli buku-buku Siri Bestnya! bagi tujuan jualan semula, sumbangan, latihan, hadiah dan koleksi perpustakaan, anda boleh hubungi kami di siribestnya@gmail.com.
Ada kerja kosong tak?
Setakat ini kami belum membuka untuk sebarang jawatan kosong sehinggalah diberitahu. Sekiranya ada, kami akan maklumkan melalui laman media sosial kami atau tawaran kepada rakan terdekat.
Saya pelukis / pereka grafik / penulis yang bergerak secara freelance. Di mana saya boleh tunjukkan portfolio saya?
Kami memerlukan tenaga kreatif untuk pelbagai projek kami! Emelkan portfolio anda kepada siribestnya@gmail.com beserta tawaran kelebihan yang anda ada supaya kami terpikat bekerjasama dengan anda!
Bagaimana caranya untuk saya hantarkan manuskrip buku saya? Saya mahu terbitkan bersama Siri Bestnya!
Buat masa ini Siri Bestnya! belum membuka peluang penerbitan kepada mana-mana pihak. Buku-buku kami diterbitkan berdasarkan jemputan kerjasama dengan pihak yang boleh dipercayai dan rekomendasi.
Bagaimana saya boleh dapatkan servis Siri Bestnya! untuk hasilkan komik bagi syarikat saya?
Buat masa ini kami tidak menyediakan servis melukis untuk mana-mana pihak. Sekiranya anda berminat untuk bekerjasama, sila emelkan proposal idea anda ke siribestnya@gmail.com.
Di mana saya boleh muat turun e-book atau bahan percuma dari Siri Bestnya?
Anda boleh muat turun e-book dan bahan percuma eksklusif kami di sini.
Saya ada masalah untuk buat pembelian di website. Bolehkah saya membeli terus melalui Whatsapp?
Kami amat menghargai setiap pembelian secara terus melalui website. Namun begitu, sekiranya anda menghadapi kesukaran, anda boleh terus hubungi kami melalui Whatsapp.
Buku yang saya terima ada kerosakan atau halaman yang hilang. Bagaimana saya boleh dapatkan ganti rugi?
Boleh! Kami mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kami apabila membaca buku-buku Siri Bestnya! Boleh terus hubungi di sini dan nyatakan aduan anda.