
Bermula Oktober 2021, Siri Bestnya! berbesar hati mengumumkan satu kerjasama dibentuk bersama bekas Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik untuk menubuhkan satu imprint baharu, iaitu Siri Dr Maszlee.
Siri ini menumpukan pada penerbitan komik-komik yang mensasarkan pada remaja dan mahasiswa untuk menyediakan mereka ke arah kedewasaan.
Ceritanya adalah, remaja kita apabila menganjak ke umur 18 tahun, apa panduan mereka untuk mengurus sendiri kewangan? Bagaimana memandu diri dari terjebak dari masalah sosial? Apa itu tanggungjawab seorang warganegara Malaysia?
Komik-komik dari Siri Dr. Maszlee ini diterbitkan untuk menjadi panduan kepada mereka menjadi dewasa yang bertanggungjawab, semestinya dalam bentuk komik dan infografik!