Irfan Foner

Illustrator buku Bestnya Solat!, Bestnya Doa! dan Bestnya! Puasa

Irfan Foner adalah visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten dan penjenamaan berilustrasi bagi pelbagai jenama seperti Nasi Lemak Saleha, Columbia Asia Hospital, Malaysia Airports, Dewan Bahasa & Pustaka dan banyak lagi.. Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik dan buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca dan audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hasil karya beliau boleh dilawati di www.irfanfoner.com

Orhan

Penulis buku Bestnya Solat!, Bestnya Doa! dan Bestnya! Puasa

Orhan adalah anak kelahiran jati Kuala Lumpur ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, pengkhususan utama didalam Psikologi. Berpegang pada prinsip “Hidup Itu Untuk Memberi”, tercetus idea untuk menghasilkan tulisan yang insyaAllah mampu memberi manfaat kepada pemilik Siri Bestnya ini. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah ilmu-ilmu mengenai Islam ini disebar luas dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

Zaim Zin

Penulis buku Bestnya Inspirasi! : The Inspirizer

Mohd Hairulza’im Bin Md Zin merupakan graduan Kulliyyah Of ICT, International Islamic University Malaysia (IIUM) lulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Beliau merupakan Pengamal Bertauliah NLP dan Pengamal Master Bertauliah NLP daripada National Federation of NLP (NFNLP), Florida, USA. Ditauliahkan juga sebagai Certified HRDF Trainer dan CDPA (Certified DiSC Profile Analyser) dari Akademi DiSC Malaysia. Beliau juga merupakan ahli berdaftar Muslim’s Training Consultant & Motivational Malaysia Organization (TAMRIN), Certified In Critical Thinking, dan merupakan juga seorang Professional Learning Facilitator (PLF). Beliau pernah juga ditauliahkan sebagai jurulatih S.P.I.E.S oleh kerajaan Negeri Selangor dan memegang sijil Pentauliahan dari PSMB.

Syazmee Sapian

Penulis buku Bestnya! Undang-undang Syariah

Muhammad Syazmee Bin Sapian berasal daripada Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1 dan melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Rawang. Menyambung pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri dan bergraduasi sebagai graduan Syariah dan Undang-undang daripada Universiti Malaya.

Penulis kini beramal sebagai peguam syarie dan mempunyai sebuah firma guaman Tetuan Syazmee Sapian & Associates yang fokus mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah. Selain aktif menulis perihal undang-undang syariah sejak 2018, penulis juga pernah dijemput sebagai panel di Mingguan Wanita untuk berkongsi dalam segmen Meja Syariah.

Amyr Hamid

Penulis buku Bestnya! Kewangan

Mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam industri Perancangan Kewangan dan merupakan seorang Perancang Kewangan Bertauliah, Certified Financial Planner®, FPAM (Financial Planning Association of Malaysia) serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kewangan) Universiti Sains Malaysia.

Beliau memperkenalkan modul latihan kewangan tersendiri iaitu FINANCIAL INTELLIGENT STRATEGY (F.I.S.) dalam merangka Pelan Perancangan Kewangan sejak tahun 2018.

Selain itu, turut membantu beberapa syarikat SME dalam penstrukturan pengurusan dan perancangan kewangan di samping menerima jemputan sebagai Speaker Kewangan untuk Persatuan dan NGO.

Syarikat dan badan korporat yang menjadi pelanggan adalah seperti, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Kementerian Belia dan Sukan Jempol (Rakan Muda), Syarikat Perumahan Negara Bhd, Syarikat Takaful Malaysia Bhd, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - KL dan lain-lain lagi.

Merupakan Penulis Bersama untuk buku bertajuk “Wanita Cantik Minda Celik, Strategi Survival Wanita” yang telah terpilih untuk mendapat ‘Geran Penulis’ dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke 503 perpustakaan 1 Malaysia.

Wawa Shauqi

Penulis buku Bestnya Parenting! : Coretan Wawa Shauqi

Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisan beliau adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak. Beliau juga pernah muncul berkongsi dalam siaran radio Bernama, rancangan WHI serta Pa&Ma. Selain dari itu, beliau pernah berpeluang menulis ebook Kit Didik Anak Bijak Komunikasi bersama Dr Taufiq Razif, influencer Parenting dengan lebih 250,000 pengikut di Telegram

Kibo

Illustrator buku Bestnya! PhD

Kaybee Rahim

Penulis buku Bestnya! Kewangan

Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran serta lebih 6 tahun dalam industri Kewangan Syariah.

Merupakan seorang Jurulatih Bertauliah, Certified Trainer, HRD Corp (Human Resource Development Corporation) dan memiliki sijil professional Certified Islamic Wealth Planner dan Islamic Estate Planner.

Beliau juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai Perancangan dan Pengurusan Kewangan khusus kepada para Usahanita, syarikat Korporat dan NGO.

Antaranya adalah program bersama Malaysia Exclusive Secretarial & Administrative Conference, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - KL, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), Thoyyib Pharma Industries (M) Sdn Bhd, Puspanita - Pusat Rehabilitasi Cheras, Majalah Pa&Ma dan lain-lain lagi.

Penulis bersama buku berjudul “Wanita Cantik Minda Celik, Strategi Survival Wanita” yang berkisar kepada pengurusan kewangan santai yang telah terpilih untuk mendapat ‘Geran Penulis’ dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke 503 perpustakaan 1 Malaysia.

Cik Iza

Illustrator buku Bestnya Inspirasi!, Bestnya! Undang-undang Syariah dan Bestnya! Kewangan

Nazr Syaff

Illustrator buku Bestnya Parenting!

Nafisah Hisam

Illustrator buku #Undi18

M.Hussin Abd

Editor buku #Undi18

Suri Mawarne

Penulis Komik Bestnya! PhD dan Bestnya! Kewangan

Dr. Tiny Azleen Yahaya

Penulis buku Bestnya! PhD

Dr. Tiny Azleen Binti Yahaya merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dari UPM dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B) yang diperoleh dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 31 Disember 1977, seorang isteri dan ibu kepada lima orang cahaya mata. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun sebagai seorang Setiausaha kepada Pengerusi syarikat korporat. Beliau juga menjadi pensyarah sambilan dengan mengajar kursus Latihan dan Pembangunan kepada pelajar Master.

Aktif dalam penulisan dan pembangunan modul, sudah menghasilkan lebih daripada 15 buku solo dan antologi. Beliau juga menghasilkan modul kaedah mudah penulisan tesis yang dinamakan Start Thesis Applying Right Template Model Canvas (START MC).

Beliau banyak berkongsi ilmu dan memberi bimbingan latihan, ceramah, bengkel, Webinar dan kelas berkaitan penulisan tesis di bawah kelolaan Inspiwriter Academy.