Setiap pembelian kombo disertakan dengan hadiah bersekali dengan buku. Tertakluk kepada stok.
(Sekiranya anda ingin membeli buku Bestnya Puasa dengan 4 hadiah percuma, pilih sahaja mana-mana kombo ini. Sekiranya stok masih ada, hadiah-hadiah tersebut akan diberikan sekali.
Nota :
Penghantaran akan dilakukan setiap hari Selasa dan Jumaat setiap minggu dan hanya menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Penghantaran pada hari Selasa adalah melalui pembelian sebelum jam 6 petang pada hari Isnin. Manakala penghantaran pada hari Jumaat melalui pembelian sebelum jam 6 petang pada hari Khamis.
Orhan Mehmet anak kelahiran jati Kuala Lumpur ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, pengkhususan utama didalam Psikologi. Berpegang pada prinsip “Hidup Itu Untuk Memberi”, tercetus idea untuk menghasilkan tulisan yang insyaAllah mampu memberi manfaat kepada pemilik Siri Bestnya ini. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah ilmu-ilmu mengenai Islam ini disebar luas dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
Irfan Foner adalah visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten dan penjenamaan berilustrasi bagi pelbagai jenama seperti Nasi Lemak Saleha, Columbia Asia Hospital, Malaysia Airports, Dewan Bahasa & Pustaka dan banyak lagi.. Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik dan buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca dan audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Hasil karya beliau boleh dilawati di www.irfanfoner.com