[X] Bestnya Solat! [Pre Order] - Siri Bestnya

Siapa yang ada anak kecil baya 6-10 tahun?

Haa.. Umur ni Rasulullah s.a.w. kata sudah jadi kewajipan untuk anak-anak kita untuk belajar solat.

Sebab apabila umurnya sudah matang esok, sudah jadi berdosa kalau mereka tak laksanakan rukun Islam kedua ni tau.

“Alamak, insafnya saya.. Umur anak dah nak masuk 8 tahun, tahun depan. Anak masih culas lagi nak solat..”

Jangan risau, jangan sedih. Kita kan ada banyak kem solat dan buku tentang solat di kedai-kedai buku. Tuan Puan sudah dapatkan?

“Entahlah Tuan. Saya pun tak pasti buku mana yang paling bagus. Err.. Tuan boleh rekemenkan?”

Boleh, boleh sangat Tuan Puan. Saya mahu rekemenkan satu buku solat yang saya dan rakan penulis baru hasilkan. Buku ini masih sangat baru. Baru cetak lagi. Di kedai buku pun tiada, testimoni pun tiada. Cuma kami ada impian besar untuk buku ini.

“Oh, tidak mengapa.. Mungkin saya boleh cuba. Buku apa tu Tuan? Apakah impian besar itu?”

Kami ada impian yang besar. Kami harap, sebelum kami mati, kami dapat tinggalkan warisan ilmu kepada anak-anak kita dan generasi akan datang. Ilmu itu akan dipraktikkan dan diajarkan kepada orang lain. Apa yang kami mahu, adalah saham pahala yang melonjak-lonjak sebagai bekalan kami di akhirat nanti.

“Alhamdulillah.. Bagus cita-cita Tuan. Sejuk hati saya membacanya. Err boleh saya tahu buku apa yang Tuan maksudkan?”

Haa.. Cuba lihat di bawah!

“Menariknya buku ini.. Buku apa ini Tuan? Cerita tentang solatkah?”

Ya, Tuan Puan. Inilah buku Panduan Solat, Rukun dan Bacaannya. Kita sekali tengok sudah tahu. Bagus, kan? Hehe..

“Oh okey. Apa kelebihan buku ini berbanding buku-buku solat yang sudah ada di pasaran, Tuan?”

Ada beberapa kelebihan dan manfaat yang Tuan Puan akan peroleh dari buku ini. Saya tidak mendabik dada untuk mengatakan inilah buku solat yang terbaik memandangkan ini buku pertama kami. Namun, ini senarainya yang saya boleh kongsikan.

Penuh warna dan infografik

Ketelitian pada konten, teks arab, aturan, ilustrasi dan semakan

Diceritakan dalam bentuk komik yang comel

Disemak oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

“Baik, bagusnya. Boleh saya lihat contoh kandungan buku ini?”

Jangan risau. Kami tidak kedekut untuk berkongsi kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini. Nah, anda nilaikan sendiri.

“Bagus, bagus. Cantik lukisan Tuan. Setakat ini sudah adakah yang menggunakannya? Apa kata mereka?”

Terima kasih. Maksud Tuan Puan testimonikah? Tiada lagi. Kan saya kata ini buku pertama kami. Baru nak cetak ni hehe.. Tapi, kami sudah berikan buku ini kepada seorang ustaz yang tersohor. Ini kata beliau..

“Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t. dengan Limpahan dan kurniaan rahmatNya dapat diberikan kita rezeki dan limpahan kebaikan, buku ini sangat baik untuk dijadikan rujukan dan saya mengucapkan tahniah dan Syabas kepada penulis dan sesiapa yang menjayakan penerbitan buku ini. Semoga banyak lagi buku ringkas seperti ini dapat diterbitkan untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam ibadah seharian.”
Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin (UMA)
Pendakwah Bebas
Penyampai segmen Pesona D’Zahra di radio IKIM.fm
Mempunyai 272,000+ Followers di Facebook

Sekiranya Tuan Puan sudah menggunakannya dan anak-anak Tuan Puan mengalami impak positif, maklumkan pada kami. Boleh kami sertakan cerita Tuan Puan ke website kami ini hehe..

“Baiklah. Saya berminat mahu mencuba terlebih dahulu. Berapa harganya? Mahalkah?”

Tidak mahal, Tuan Puan. Kami tahu ini buku pertama yang kami tulis. Jadi tak lalu kami nak jual buku ini terlalu mahal. InsyaAllah, dengan konten penuh warna dan menarik begitu, berbaloi dengan harga yang Tuan Puan bayar.

Tuan Puan boleh lihat harganya di bawah.

Buku Bestnya Solat!

RM 10* Senaskhah
  • 32 Halaman
  • Konten Penuh Warna
  • Komik dan Infografik
  • Ilustrasi yang Comel dan Menghiburkan
  • Disemak oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

Tapi.. TUNGGU!


Saya belum cerita habis lagi.

Memandangkan ini buku pertama kami, dan kami tahu tidak ramai yang yakin dengan apa yang kami hasilkan ini, apa kata sekiranya kami tawarkan kepada Tuan Puan hadiah-hadiah percuma sekiranya Tuan Puan berminat menjadi pembeli terawal buku Bestnya Solat ini? 

“Woah.. Ada hadiah? Nasib baik saya tak tekan lagi. Apa hadiahnya Tuan?”

Kalau Tuan Puan tekan butang pembelian di atas itu pun tak jadi apa. Hehe.. (Tengah tekan ke tu?) 

Ya! Kami nak beri hadiah-hadiah ini sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Puan yang mempercayai kami. Lihat di bawah!

Dengan pembelian senaskhah buku Bestnya Solat, Tuan Puan juga akan mendapat hadiah percuma iaitu :

“Waaah… Berbaloi-baloi! Beli satu, dapat 4 hadiah percuma. Promosi ini sampai bila Tuan?”

Haa.. Ini kami beri sebagai penghargaan untuk mereka yang membeli awal. Ya, sudah tentu setiap promosi ada tempohnya. Selepas tamat promosi ini, kami tidak lagi beri hadiah percuma. Lihat di bawah!

Promosi Pra-Pesan

Bestnya Solat!

26 Ogos – 16 September 2019

Days
Hours
Minutes
Seconds

Saya ada keraguan. 
Bagaimana saya boleh bertanya?

“Saya sukalah dengan buku Bestnya Solat ni! Err Tuan, bagaimana saya boleh belikan buku ini untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak saudara dan kawan-kawan saya?

Kami sangat alu-alukan Tuan Puan yang ingin membeli secara pukal untuk dijadikan jualan semula, hadiah majlis kenduri, majlis hari jadi, tahlil dan sebagainya. 

Bayangkan, sekiranya Tuan Puan turut menyumbang, seorang anak kecil yang pandai belajar solat hasil pendidikan dari buku ini, sepanjang hidup solatnya turut akan memberikan saham akhirat pada Tuan Puan.

Kalau 10 orang? 50 orang? 100 orang? Fuh, insyaAllah kaya raya kita di akhirat esok!

Untuk pembelian secara pukal, kami berikan potongan harga istimewa untuk Tuan Puan!

Nota : Hadiah percuma seperti promosi di atas hanya untuk pembelian senaskhah dengan harga jualan. Untuk pembelian pukal tiada hadiah percuma diberikan untuk setiap naskhah.

“Akhir sekali, boleh perkenalkan pada kami siapa penulis dan pelukis buku ini?”

Boleh! Ini saya kongsikan.

Orhan Mehmet

Penulis Konten

Orhan Mehmet anak kelahiran jati Kuala Lumpur ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, pengkhususan utama didalam Psikologi. Berpegang pada prinsip “Hidup Itu Untuk Memberi”, tercetus idea untuk menghasilkan tulisan yang insyaAllah mampu memberi manfaat kepada pemilik Siri Bestnya ini. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah ilmu-ilmu mengenai Islam ini disebar luas dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

Irfan Foner

Ilustrator Kreatif

Irfan Foner adalah visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten dan penjenamaan bagi pelbagai jenama seperti Nasi Lemak Saleha, Ainon Business School, DBP, Dzul Iman dan Startlah Innovation. Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik dan buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca dan audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Hasil karya beliau boleh dilawati di www.irfanfoner.com

“Terima kasih atas pencerahan yang terang-benderang oleh Tuan! Saya sudah beli buku Bestnya Solat! Selepas saya gunakan pada anak-anak saya, saya akan kongsikan reviu ya!”

Itu yang kami tunggu-tunggu! Kongsikan reviu dan testimoni anda kepada kami supaya kami boleh tambah baik untuk siri buku-buku akan datang ya!

Profil Penerbit dan Siri Bestnya

Penerbit

Irfan Foner Studio

Irfan Foner Studio adalah sebuah studio yang menguruskan projek-projek “Illustrated Branding & Comics Storytelling”. Studio ini bertapak di Gombak, Selangor dan sudah mula beroperasi sejak Jun 2018. Studio ini banyak menguruskan projek konten dan penjenamaan dari pelbagai jenama seperti Columbia Asia Hospital, Startlah, Dewan Bahasa & Pustaka, Universiti Putra Malaysia dan Boro Boro.

Lawati laman web mereka di www.irfanfoner.com untuk melihat pelbagai portfolio yang menarik.

Siri Bestnya!

Siri Bestnya! adalah koleksi siri buku-buku Islami dalam bentuk grafik dan ilustrasi komik. 

Siri ini dibangunkan supaya memberi kemudahan dan pengisian yang bermanfaat kepada pembaca tak kira usia dan status tentang agama Islam dengan kaedah yang santai dan informatif.

Layari laman web mereka di bestnya.my.