Puan Nur Khairiah adalah penulis novel berbahasa Melayu di Singapura. Hanya sebaran di satu grup whatsapp kawan sekolah lama, beliau memesan 100 naskhah untuk edaran pada kawan-kawannya sahaja di Singapura.
Buku Bestnya Solat ini juga mudah dibaca dan sedap mata memandang.
Buku Bestnya Solat lebih murah dari satu set Happy Meal. Beli sekali, kenyang sekali. Namun senaskhah buku Bestnya Solat ini, ganjaran pahala kita hingga mati insyaAllah.
Anak-anak pun suka!
Semangat sungguh pembeli buku Bestnya Solat ini sehingga beliau buat video unboxing secara sukarela. Terima kasih! Kami sangat terharu.
Mari tonton video beliau di bawah!
Siapa yang ada anak kecil baya 6-10 tahun?
Haa.. Umur ni Rasulullah s.a.w. kata sudah jadi kewajipan untuk anak-anak kita untuk belajar solat.
Sebab apabila umurnya sudah matang esok, sudah jadi berdosa kalau mereka tak laksanakan rukun Islam kedua ni tau.
Jangan risau, jangan sedih. Kita kan ada banyak kem solat dan buku tentang solat di kedai-kedai buku. Tuan Puan sudah dapatkan?
Boleh, boleh sangat Tuan Puan. Saya mahu rekemenkan satu buku solat yang saya dan rakan penulis baru hasilkan. Buku ini masih sangat baru. Baru cetak lagi. Di kedai buku pun tiada, testimoni pun tiada. Cuma kami ada impian besar untuk buku ini.
Kami ada impian yang besar. Kami harap, sebelum kami mati, kami dapat tinggalkan warisan ilmu kepada anak-anak kita dan generasi akan datang. Ilmu itu akan dipraktikkan dan diajarkan kepada orang lain. Apa yang kami mahu, adalah saham pahala yang melonjak-lonjak sebagai bekalan kami di akhirat nanti.
Haa.. Cuba lihat di bawah!
Ya, Tuan Puan. Inilah buku Panduan Solat, Rukun dan Bacaannya. Kita sekali tengok sudah tahu. Bagus, kan? Hehe..
Ada beberapa kelebihan dan manfaat yang Tuan Puan akan peroleh dari buku ini. Saya tidak mendabik dada untuk mengatakan inilah buku solat yang terbaik memandangkan ini buku pertama kami. Namun, ini senarainya yang saya boleh kongsikan.
Jangan risau. Kami tidak kedekut untuk berkongsi kandungan-kandungan yang menarik dalam buku ini. Nah, anda nilaikan sendiri.
Terima kasih. Maksud Tuan Puan testimonikah? Ya, kami sudah tampal banyak-banyak di atas. Selain itu, baca juga apa kata proofreader kami, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tentang buku Bestnya Solat ini.
Tidak mahal, Tuan Puan. Kami tahu ini buku pertama yang kami tulis. Jadi tak lalu kami nak jual buku ini terlalu mahal. InsyaAllah, dengan konten penuh warna dan menarik begitu, berbaloi dengan harga yang Tuan Puan bayar.
Tuan Puan boleh lihat harganya di bawah.
Notis : Tempahan anda akan diproses dalam tempoh 48 jam selepas bayaran dilakukan. Segala notis kelewatan atau perubahan akan dimaklumkan secara terus melalui whatsapp
Buku Bestnya Solat diterbitkan adalah untuk menjawab persoalan lazim tentang berapa rukun solat. Kebanyakan dari kita mengetahui bagaimana cara untuk bersolat secara praktikal, hasil dari pendidikan dari sekolah ketika kita masih kecil.
Namun ramai antara dari kita, malah yang dewasa sekalipun masih culas tentang rukun solat yang 13. Tahukah anda, sekiranya pada bahagian rukun seperti membaca Al-Fatihah pun bacaan kita tidak betul, maka keseluruhan solat kita dikira tidak sah?
Ya, ia kedengaran amat remeh, namun memberi impak yang besar kepada nasib kita di akhirat kelak.
Inilah sebab sebenar mengapa kami menerbitkan buku Bestnya Solat ini. 🙂
Boleh! Ini saya kongsikan.
Orhan Mehmet anak kelahiran jati Kuala Lumpur ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian, pengkhususan utama didalam Psikologi. Berpegang pada prinsip “Hidup Itu Untuk Memberi”, tercetus idea untuk menghasilkan tulisan yang insyaAllah mampu memberi manfaat kepada pemilik Siri Bestnya ini. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah ilmu-ilmu mengenai Islam ini disebar luas dan diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
Irfan Foner adalah visualizer konsep yang membangunkan pelbagai projek konten dan penjenamaan bagi pelbagai jenama seperti Nasi Lemak Saleha, Ainon Business School, DBP, Dzul Iman dan Startlah Innovation. Beliau menguruskan pelbagai karya kreatif seperti komik dan buku cerita yang memberikan macam-macam manfaat kepada pembaca dan audiens. Beliau adalah graduan Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Hasil karya beliau boleh dilawati di www.irfanfoner.com
Itu yang kami tunggu-tunggu! Kongsikan reviu dan testimoni anda kepada kami supaya kami boleh tambah baik untuk siri buku-buku akan datang ya!
Irfan Foner Studio adalah sebuah studio yang menguruskan projek-projek “Illustrated Branding & Comics Storytelling”. Studio ini bertapak di Gombak, Selangor dan sudah mula beroperasi sejak Jun 2018. Studio ini banyak menguruskan projek konten dan penjenamaan dari pelbagai jenama seperti Columbia Asia Hospital, Startlah, Dewan Bahasa & Pustaka, Universiti Putra Malaysia dan Boro Boro.
Lawati laman web mereka di www.irfanfoner.com untuk melihat pelbagai portfolio yang menarik.
Siri Bestnya! adalah koleksi siri buku-buku Islami dalam bentuk grafik dan ilustrasi komik.
Siri ini dibangunkan supaya memberi kemudahan dan pengisian yang bermanfaat kepada pembaca tak kira usia dan status tentang agama Islam dengan kaedah yang santai dan informatif.
Layari laman web mereka di bestnya.my.