Sudah buat baik hari ini? Buat baik bukan sebab nak orang puji atau sanjung kita, tetapi kita nak terapkan nilai murni dan sifat-sifat baik dalam diri sendiri supaya dapat jalani hidup lebih tenang.
Cuba buat satu kebaikan yang jarang buat, contohnya belanja kawan makan, selesai saja bayar, perasaan mesti seronok, kan? Itulah yang nak diterapkan dalam berbuat baik dengan orang.
Fateh mahu kongsikan 5 checklist buat baik hari ini :
Maafkan orang sebelum tidur

Supaya nak mulakan sepanjang hari ini dalam keadaan tenang dan tidak terbawa-bawa emosi. Kita perlu ingat, jika kita rasa orang pernah buat silap dengan kita, begitu juga kita pernah buat terhadap orang. Jadi, maafkan orang hari ini dengan harapan Allah mengampuni kita dengan lebih mudah di akhirat nanti.
Bermanis muka, sentiasa senyum

Supaya orang suka mendekati kita. Diri sendiri pun tak penat nak berkerut sepanjang hari. Orang yang banyak senyum ini memberikan kuasa positif di sekelingnya. Pernah tak duduk di sebelah orang yang mencerita kebaikan dan sentiasa senyum saja. Perasannya seronok, bukan? Rasa macam dia tidak membawa terlalu banyak bebanan dunia dengan emosi yang tak sepatutnya.
Membaca doa bangun tidur

Supaya hari ini lebih diberkati, dipermudahkan dan sentiasa rasa segar. Amalkan ayat Kursi juga supaya dilindungi dari syaitan yang akan menghasut kita melakukan perkara yang ditegah agama. Teruskan dengan doa-doa yang perlu dalam menjalani kehidupan seharian seperti doa naik kenderaan, doa masuk & keluar tandas.
Bersenam

Supaya fizikal lebih sihat, nak mulakan kerja juga ringan saja sebab dapat tidur yang lebih berkualiti. Bersenam menyihatkan mental juga. Ia membantu kita mengurangi beban yang ada dengan tidak memikirkannya terlalu kerap.
Sedekah

Supaya harta lebih bersih dan berkat. Bersedekah bukan sahaja dari segi duit, belanja orang makan pun sedekah juga. Sumbangkan baju terpakai yang masih elok kepada yang lebih memerlukan juga adalah sedekah. Banyak cara untuk bersedekah.
Tak boleh buat satu, jangan tinggal semua, ok? Pun begitu beringat-ingat lah dalam berbuat baik, bak kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Selamat beramal!
Baca artikel lain di Siri Bestnya: