Skip to main content

Cart

Komunikasi dalam rumah tangga adalah perkara yang sangat penting. Pasangan yang bahagia adalah pasangan yang sangat menjaga dan mementingkan komunikasi dalam rumah tangga mereka.

Mustahil bagi sesebuah rumah tangga itu tidak timbul konflik atau permasalahan. Bak kata Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Kebanyakan pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga sehingga ingin bercerai, apabila diselidik kebanyakan puncanya adalah kegagalan dalam komunikasi.

Enggan berkomunikasi.

Putus asa dengan komunikasi.

Jalan penyelesaian, berpisah.

Ini yang banyak berlaku. Apabila ada masalah, diam atau lari daripada masalah, tidak mahu berbincang atau mencari jalan bersama. Tidak mahu nasihat menasihati.

Ada itu, sudah berbincang dan sudah puas menasihati tetapi pasangan tidak memberikan kerjasama menyebabkan ia merasa putus asa untuk berkomunikasi.

Jalan singkat, berpisah.

Walhal komunikasi dalam rumah tangga ini ada peringkat-peringkatnya.

Komunikasi secara sendiri.

Komunikasi melalui keluarga.

Komunikasi melalui orang berautoriti.

Kalau ada yang datang mahu bercerai, saya akan bantu selidik cari puncanya terlebih dahulu.

Sudah tahu punca, akan tanya pada klien samada sudah berbincang dengan pasangan atau belum.

Jika belum. Usahakan dahulu. Jika sudah tapi tiada respon positif dari pasangan, saya akan minta klien untuk merujuk dan meminta bantuan keluarga terdekat pula untuk berkomunikasi dengan pasangan.

Jika masih tidak boleh menyelesaikan, maka usahakan pula untuk rujuk kepada bahagian kauseling di pejabat agama atau pun peguam untuk berkomunikasi dengan pasangan.

Selepas daripada keseluruhan peringkat ini jika masih tidak jumpa jalan keluar daripada konflik, maka barulah difikirkan tentang perpisahan.

Berdasarkan pengalaman kendalikan kes, bila ikut step komunikasi ini, banyak sahaja peluang dan ruang untuk menyelamatkan rumah tangga daripada berpisah.

Apa yang penting adalah komunikasi.

Kita berkomunikasi bukan hanya semata untuk menyelesaikan masalah.

Tapi kita berkomunikasi untuk mewujudkan dan cipta suasana bahagia yang boleh menghindarkan rumah tangga daripada masalah.

Peguam anda disayangi ramai, SYAZMEE SAPIAN.

Komik oleh : Irfan Foner & Nurul Izzah

#SiriBestnya#KomikInovasiPendidikan

Leave a Reply