Skip to main content

Cart

Saya syukur sangat, tahun ni KURANG dah Ammar berlari-lari di kedai makan. Di shopping mall dan panggung wayang pun. Baru saya teringat, ‘Padanlah. Anak dah besar. Dah 6 tahun!’

Kalau dulu, ohhoi pantang gais! Kedai makan tu kira padang olahraga bagi anak-anak saya. Ketua dia Ammarlah! Saya la yang penat mengejar dan memujuk suruh diam. Malu dengan mata-mata yang memandang.

Sekarang, dia masih super aktif. Tapi dah tau pilih, mana tempat yang boleh berlari, mana tempat yang tak boleh.

Sebenarnya, anak-anak di bawah usia 6 tahun yang tak reti duduk diam adalah normal. Sangat normal! Ini kerana, otak mereka laparkan stimulasi dari deria-deria badan.

Ya! Deria badan yang kita panggil sebagai sensori ni adalah ‘alat’ yang bagi otak anak makan. Lagi banyak otak diberi makan, lagi sihat otak berkembang. Dan lagi cepat otak anak kenyang. Bila dah kenyang, insya Allah di usia 7 tahun, badan anak dah mula reti nak duduk diam.

Lebih-lebih lagi di tempat yang mereka SANGAT PERLU duduk diam. Contohnya, di dalam kelas. Atau di rumah orang-orang yang kita nak ziarah.

Jadi, waktu anak masih kecil ni, galakkan mereka berlari, melompat dan memanjat. Sediakan ruang untuk mereka aktif di rumah.

Segera matangkan 3 deria pergerakan anak ni:

– Deria sentuhan (tactile)

– Deria sendi (proprioceptive)

– Deria keseimbangan

Sebaliknya, elak untuk diam kan mereka terlalu lama dengan gajet dan TV.

Jadi, kalau anak kalian baru 3 tahun, 5 tahun, senyum. Tepuk bahu sendiri, dan kata, “Sabar… Anak kecik memang macam tu. Otak tengah nak berkembang.”

Tapi jangan lupa untuk remind, remind dan remind anak kecil kita untuk kawal diri di rumah orang. Jangan sampai sofa dilanyak. Atau TV pun dipanjat. Beri peringatan yang jelas kepada anak. Kalau boleh, idea atau saranan terus:

“Bawa mainan tau. Nanti boleh main dengan kawan.”

“Duduk dekat dengan ayah. Bawak buku untuk mewarna.”

Kalau tak, jadi macam si Saufi ni. Kesian ayah dia, kena pandang serong nanti.

Siapa ada anak yang aktif, tolong komen ‘anak saya bijak’. Saya nak tengok, ramai tak yang ada anak-anak aktif macam anak-anak saya. 😊

Coretan oleh Puan Wawa Shauqi, Komik oleh Nazr Syaff & Khairul

#SiriBestnya#BestnyaParenting

Leave a Reply