Skip to main content

Cart

Ramai kaum ibu di luar sana yang mengadu tentang sikap culas kaum bapa dalam menunaikan tanggungjawab menyediakan nafkah buat anak-anak. Sehinggakan apa yang terjadi adalah si isteri pula membanting tulang dan memerah keringat menyara dan melengkapkan keperluan anak-anak.

Sebenarnya tanggungjawab siapa nafkah anak ini?

Dalam perundangan Islam sudah jelas bahawa kewajipan menanggung nafkah anak ini adalah sepenuhnya terletak di atas bahu para suami dan ayah. Seperti kes Puan Salbiah, seolah dia lah bapa dan juga ibu kepada tiga orang anaknya.

Saya bertanya mengapa pula begitu?

Menurut Puan Salbiah, suaminya daripada anak pertama sehingga kini hanya memberikan sejumlah wang lingkungan RM 150 sehingga RM 400 sebulan untuk beliau dan 3 orang anaknya.

Saya bertanya, adakah setiap bulan suaminya memberi wang tersebut?

Katanya tidak. Jika suaminya mahu beri, maka dia akan beri dan jika tidak, dia hanya membuat tidak peduli sahaja. Pernah Puan Salbiah meminta dan pastinya akan berakhir dengan pergaduhan.

Disebabkan Puan Salbiah enggan untuk bergaduh dan bertegang urat dengan suaminya, maka dia memilih untuk berusaha keras bagi menampung perbelanjaan dirinya, anak-anak dan seisi keluarga.

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa keadaan suami yang liat dalam menunaikan tanggungjawab nafkah anak-anak ini. Antaranya:

+ Suami yang berpoligami dan pendapatan yang tidak seberapa.

+Suami yang sihat tubuh badan tetapi malas untuk bekerja keras untuk keluarga.

+Suami yang berpendapatan stabil namun kedekut dan berkira dengan keluarga.

Apakah solusi buat kaum ibu yang berhadapan dengan situasi suami seperti ini?

Jawapannya adalah perlu melalui proses perundangan iaitu membuat tuntutan nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah.

Mahu tuntut bagaimana?

Untuk nafkah anak, secara asasnya ia perlu meliputi 5 perkara wajib iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan. Jadinya, seorang bapa itu perlu menyediakan nafkah meliputi 5 perkara asas ini bagi setiap anak menurut kemampuannya.

Adakah selepas bercerai sahaja baru boleh membuat tuntutan nafkah anak ini?

Tidak. Semasa dalam tempoh perkahwinan pun masih boleh membuat tuntutan nafkah anak ini.

Apakah kesan selepas mendapat perintah nafkah anak daripada Mahkamah?

Sekiranya pihak suami / ayah gagal atau cuai menunaikan nafkah bulanan kepada anak-anak, maka ia akan dikira sebagai tunggakan nafkah anak. Pihak ibu boleh membuat menuntut segala tunggakan tersebut.

Dalam satu hadis Hindun Bt Uthbah telah bertanya kepada Rasulullah:

Hindun berkata:

”Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang lelaki yang bakhil dan tidak pernah memberikan aku harta yang mencukupi untuk aku dan anakku melainkan harta yang aku ambil tanpa pengetahuannya.

”Baginda bersabda: Ambillah apa yang mencukupi untuk kamu dan anak-anak dengan cara yang baik.”

Peguam disayangi ramai, SYAZMEE SAPIAN

Komik oleh : Nurul Izzah dan Irfan Foner

#SiriBestnya#KomikInovasiPendidikan

Follow komik Bestnya Undang-undang Syariah! oleh Peguam Syarie Syazmee setiap Jumaat jam 8 malam!

Baca Komik Bestnya Undang-Undang Syariah yang lain:

Enggan Berkomunikasi Punca Pasangan Berpisah

Baca KOMIK INOVASI PENDIDIKAN yang lain:

Bestnya Diet! NUDIN’s #2

Jadi Singa Bila dengan Anak-Anak? Jom Amalkan Teknik Ini

Bestnya Inspirasi!: 7 Usah untuk Diri yang Lebih Baik dan Bahagia

Leave a Reply