Skip to main content

Cart

Dalam dunia orang dewasa, seni dan kreativiti ni dianggap skill untuk cantikkan ruang, orang dan produk.

Hakikatnya, kreativiti lebih penting dari itu.

– Orang yang kreatif akan lebih mudah beradaptasi dengan persekitaran dan perubahan.

– Mereka punya skill yang tinggi untuk selesaikan masalah.

– Mampu mengatasi konflik diri, seperti sakit, trauma, takut dan sedih.

– Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik

Maknanya, kreativiti memberi manfaat bukan saja terhadap intelektual, tetapi emosi, sosial dan kesihatan anak.

Jadi, jangan rasa bersalah untuk dedahkan anak dengan seni dan kreativiti. Lagipun, kanak-kanak memang dilahirkan dengan sifat inovator dan dan hebat imaginasi.

Langkah melahirkan anak yang kreatif dan bijak :

1) Elak hiburkan anak dengan gajet dan televisyen

2) Sediakan ruang khas untuk anak berkreatif. Tak perlu ruang yang fancy. ‘Masking-tape’kan lantai untuk khaskan satu ruang untuk anak berkreatif pun, ok dah.

3) Sediakan bahan asas untuk anak berkreatif. Seperti kertas terpakai, kotak, gunting, gam, pelbagai medium warna dan sebagainya.

4) Galakkan aktiviti outdoor untuk anak. Anak yang banyak meneroka alam, lebih luas pemandangannya.Biarkan mereka bermain tanah, memijak lopak, mengutip batu, menyentuh pelbagai serangga tidak berbahaya, memanjat pokok dan sebagainya

5) Elakkan terlalu banyak melarang. Semakin banyak melarang, anak akan jadi semakin hilang keyakinan untuk mencuba. Sebaiknya pantau dengan memerhati dari jarak yang sesuai, bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

6) Seimbangkan sesi permainan berstruktur (structured play) dan permainan bebas (unstructured play).

7) Perbanyakkan aktiviti sensori sejak anak masih bayi. Lagi banyak deria badan yang terlibat, lagi pesat perkembangan mereka.

8) Sewaktu anak lahirkan idea mereka, kurangkan merancang dan membetulkan mereka. Sebaliknya, tanyakan soalan-soalan yang menggalakkan idea berkembang. Berikan galakan dan motivasi dalam bentuk pujian dan kata semangat.

9) Keep it simple. Mulakan dengan aktiviti paling mudah. Sebagai contoh, sebelum melakukan kolaj, buat aktiviti mencarik kertas 5 minit selama beberapa hari. Kemudian ajar anak mencalit gam menggunakan tangan.Lower your expectation. Usah kejar kepada hasil. Tapi pastikan proses yang betul.

Apa yang kita kena sediakan bila anak mula tunjukkan minat nak meneroka adalah:

– hati yang sanggup untuk lihat rumah sepah, dan jiwa yang kental untuk tidak melarang.

Rumah yang sepah, kita boleh ajarkan anak untuk kemas. Tapi, semangat yang mati untuk mencuba akibat kerap dilarang, lebih sukar untuk kita hidupkan semula.

CORETAN WAWA SHAUQI, Penulis Nota Parenting

Komik oleh : Nazr Syaff dan Khairul

#SiriBestnya#KomikInovasiPendidikan

Follow Bestnya Parenting! setiap Rabu jam 8 malam hanya di FB Siri Bestnya!

Baca artikel KOMIK INOVASI PENDIDIKAN yang lain di sini:

Jadi Singa Bila Dengan Anak-Anak? Jom Amalkan Teknik Ini

Bestnya Undang-Undang Syariah!: Nafkah Anak

Bestnya Inspirasi!: Perjalanan Kita, Cerita Kita

Leave a Reply