Dikala pandemik tak dijangka makin teruk sekarang ini, ramai orang berusaha pelbagai cara untuk menampung hidup. Sama juga dengan seorang warga emas yang viral baru-baru ini. Boleh dijadikan inspirasi untuk terus bekerja keras mencari duit demi kelangsungan hidup. Pakcik yang seusia atuk-atuk kita, 78 tahun ini tetap mencari duit untuk menampung hidup dengan menjual air tebu di tepi jalan.
Ini 5 tips untuk kekal relevan supaya dapat teruskan kehidupan :
1) Beri sokongan kepada peniaga kecil dan sederhana

Peniaga kecil adalah antara golongan yang paling terkesan di kala PKP ini. Beri sokongan kepada mereka dengan membeli di kedai runcit dan membeli di gerai tepi jalan. Anggap ini sebagai latihan supaya diri sendiri sentiasa peka dengan kesusahan masyarakat. Mana tahu, mungkin ada diantara mereka yang baru dibuang kerja, banyak tanggungan dibawah jagaannya dan memerlukan sesuap nasi untuk terus hidup.
2) Lakukan aktiviti senaman fizikal

Mungkin nampak macam tak ada kena mengena. Tapi untuk terus hidup ini bukan saja semata-mata perlu duit. Ada orang yang mungkin sedang merasa hidupnya hampir hilang tujuan. Menurut laman MyHealth, bersenam dapat mengurangkan keresahan dan mempercepatkan pemulihan dari tekanan mental. Jadi, lakukanlah senaman sekali-sekala supaya dapat bantu muka jadi lebih ceria dan sihat mental.
3) Percaya rezeki tak pernah salah alamat

Buat anda yang mempunyai bisnes ataupun sebarang cadangan, kongsikan kepada orang lain supaya orang lain dapat menjadi inspirasi dan menggunapakai juga idea yang sama untuk mereka jalankan. Jika anda tahu cara paling sedap membuat sambal, boleh kongsikan cara memasaknya. Lebih banyak anda bekongsi boleh jadi lebih murah rezeki anda. Lagipun, lain air tangan pasti lain rasa dan hasilnya walaupun mengikut cara yang sama.
4) Dorong, bukan sindir untuk menjatuhkan

Mendorong ini termasuklah jika anda lihat ada rakan yang tiba-tiba baru saja buat dropship, berikan Like pada posting mereka. Ini antara cara paling mudah untuk anda dorong mereka supaya terus buat dan kuat dalam mencari pendapatan sampingan. Jika ada duit lebih dan anda memerlukan barangan itu, belilah dengan mereka. Tulislah kata-kata positif di ruang komen supaya dapat naikkan engagement page mereka.
5) Sentiasa bersyukur melihat apa yang masih ada dan berdoa

Ini juga tips terpenting sekali. Bagi anda yang tiap-tiap bulan masih ada pendapatan, seringlah bersyukur dengannya. Bagi yang kurang bernasib baik seperti gaji dipotong dan kehilangan sumber pencarian, sekurang-kurangnya ucapkan Alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan yang baik. Kerap berdoa supaya diberikan jalan untuk terus hidup dan memberi manfaat.
Semoga semua dipermudahkan urusan anda semua tak kira dimana anda berada.
Rujukan :
Baca artikel lain: