Skip to main content

Cart

Media sosial ni memang dah jadi tempat untuk kita berkongsi. Hampir semua perkara harian yang kita lakukan, ada saja mahu dikongsi. Jadi, disini Fateh ingin kongsikan 5 perkara anda perlu elakkan dalam posting di media sosial supaya platform anda lebih bermanfaat.

1) Elak kongsikan data peribadi

Data peribadi boleh dimanipulasi oleh sesetengah orang. Jadi, berhati-hati dalam berkongsi terutamanya gambar atau video supaya tak mudah orang ambil data dan digunakan untuk kes penipuan dan salah guna yang lain. Sentiasa pastikan gambar yang diupload tidak termasuk sekali kod, pin rahsia dan nombor kad bank.

2) Elak update lokasi semasa

Orang lain mungkin boleh tahu keberadaan kita. Ia boleh membawa kepada kes penculikan dan lain-lain kemungkinan yang buruk. Termasuk juga usah update alamat sekolah anak. Pasti anda pernah terbaca kes orang datang ke taska tadika anak menyamar sebagai pakcik atau makcik kepada anak, kan? Niat kita berkongsi di media sosial mungkin sebab nak cerita tentang sekolah anak yang bagus, tetapi ada pula mata tak baik yang memerhati.

3) Elak menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial

Sesekali bermainlah di luar rumah ataupun bantu ibu ayah sama. Pasti banyak benda boleh dibuat selain melayari internet. Banyak sebenarnya permainan dahulu kala yang boleh diprakikkan semula sepeti galah panjang, baling selipar, buat layang-layang. Pasti dapat mengimbas zaman kanak-kanak dan meningkatkan mood ceria juga mengikat bonding sesama keluarga.

4) Elak terikut-ikut trend ‘influencer’

Trend semasa memang kerap berubah-ubah. Tak rugi apapun jika tidak berkejar mengikuti cara hidup orang lain. Malah lebih untung dan kurang tekanan apabila kita hidup kemampuan kita. Kalau nak diikutkan semua trend masa kini, penat juga fizikal dan dompet kita. Hidup saja dalam kehidupan sederhana dan hargai apa yang kita mampu. Usah ‘try hard’ sangat untuk membuat orang puji dan sanjung kita.

5) Elak kongsi gambar tidak menutup aurat

Ini juga termasuk video. Kongsilah gambar yang manis supaya lebih banyak doa dan kata-kata yang baik diterima dari orang. Kalau nak bercakap tentang hukum, semestinya berdosa. Tak kira lelaki, perempuan dan kanak-kanak sekalipun. Sudah macam-macam kes dilaporkan sekarang hanya melalui gambar dan video dari media sosial. Boleh follow Akhi Fairuz al-Jengkawi untuk membaca lebih banyak pendedahan tentang pedofilia dan macam-macam aktiviti yang merisaukan.

Lebih baik mencegah dari mengubati, kan? Selamat beramal.

Baca lagi:

5 Tips Kelangsungan Hidup ketika Dilanda Pandemik

Inspirasi untuk Meninggalkan Sifat Marah yang Teruk

Leave a Reply